Sunday 8 July 2012

PENTINGNYA SAHABAT

  • BERSIKAP TERBUKA.-tidak ada persahabatan yang di landasi dengan sikap tertutup kerana dari sikap keterbukaan inilah kedua orang sahabat akan lebih mengenali satu sama lain.bercakap dari hati ke hati sangat penting untuk menjaga sebuah keakraban persahabatan yang hanya boleh terjadi dengan adanya sikap keterbukaan..
  • JANGAN AMBIL KESEMPATAN.-ciptakanlah keseimbangan antara memberi dan menerima.berilah dulu,kemudian baru menerima dan bukan mengambil.tanpa ada unsur paksaan.perkara ini bersangkut paut dengan aspek yang luas,termasuk berkongsi kegembiraan dan kesedihan..
  • HARGAI SAHABAT-sahabat adalah orang yang paling dekat denganmu...jangan bersungut untuk menghulurkan tangan di saat dia memerlukan bantuan.sebagai permulaan jadilah 'tong sampah' dan pendengar yang setia ketika dia mengadu masalah.selain itu,jangan lupakan hari-hari istimewanya serta mengambil berat tentang dirinya..
  • BERSIKAP JUJUR-menerima boleh sahaja,tetapi sahabat apabila sahabat kamu mempunyai sifat atau kebiasan yang umumnya tidak di sukai orang lain dan boleh merosakkan pergaulan,jangan teragak-agak untuk menegurnya pada waktu yang tepat.jika perlu,berilah saranan dan biarkan si dia berubah sedikit demi sedikit dari dalam dirinya sendiri.selain itu,kamu juga harus terbuka untuk menerima kritikkannya..
  • TERIMA SEADANYA..-sahabat yang ikhlas adalah orang yang boleh menerima keadaan sahabatnya tanpa menuntut untuk berubah.tidak ada masalah apabila kamu berbeza dengan sahabat kamu,baik agama,bangsa,prinsip atau kebiasaan.semua itu boleh memperkayakan suatu persahabatan apabila ke dua belah pihak mahu saling menghargai.jadilah sahabatnya tanpa menuntutnya berubah mengikut keinginan kamu.lagipun, kamu sendiri tidak lari dari kelemahan dan kekurangan..
  • CARI JALAN PENYELESAIAN..-apabila terjadi masalah,elakkan menunda untuk mencari jalan penyelesaian.apatah lagi cuba bersikap seakan-akan kalian tidak mempunyai sebarang masalah.konflik yang boleh di selesaikan dengan baik akan membuatkan tali persahabatan yang terbina menjadi lebih kuat dan erat..

    No comments:

    Post a Comment